RM1.1 JUTA DIPERLUKAN SURAU AS SAHABAH UNTUK PINDAH RUANG SOLAT UTAMA KE TINGKAT BAWAH 



AYUH MUDAHKAN JEMAAH SEMAKIN BERUSIA SOLAT DI SURAU


Penduduk yang sedang meniti usia emas, pastinya sukar untuk menaiki tangga-tangga Surau As Sahabah, Seksyen 7, Kota Damansara bagi menunaikan solat jemaah di sini.


Walaupun kekuatan fizikal semakin merosot namun, generasi inilah yang sering mengimarahkan surau di mana sahaja.


Ini realiti yang tidak boleh dinafikan, namun masih ada golongan muda yang turut sama mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti lain.



Jemaah yang menginjak usia emas terpaksa mengambil masa lama untuk memanjat tangga untuk menunaikan solat di ruang utama Surau As Sahabah yang berada di tingkat atas.


Usaha menyediakan ruang solat lebih fleksibel dan selesa untuk semua jemaah perlu dilakukan segera di Surau As Sahabah, dengan memindahkan ruang solat utama dari tingkat atas ke tigkat bawah.


Proses penambahbaikan Surau As Sahabah ini juga memboleh lebih ramai jemaah solat dalam keadaan selesa dalam satu-satu masa.


Projek naiktaraf RM1.1 juta boleh manfaatkan 3080 jemaah



Suasana orang ramai yang menunaikan solat Jumaat di Surau As Sahabah, terpaksa berhimpit dan tidak selesa.


Dianggarkan 3080 jemaah boleh menunaikan solat bersama-sama pada hari Jumaat, Hari Raya dan sebagainya di ruangan surau yang akan dinaiktaraf ini.


Masalah jemaah Surau As Sahabah, yang terpaksa solat di bawah khemah dan tidak selesa juga dapat diselesaikan.


Surau As Sahabah ini memang menjadi tumpuan penduduk sekitar dan pekerja-pekerja di industri berdekatan terutama ketika untuk menunaikan solat Jumaat, ceramah agama, solat terawih dan majlis ilmu lain.


Tiada harta dan wang ringgit boleh di bawa ke kubur, tetapi harta dan wang ringgit yang disedekahkan untuk jalan Allah, rumah Allah pastinya dihitung dan menjadi benteng di rumah kedua anda.


Nabi Muhammad SAW bersabda dalam satu hadis:


“Apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua-dua ibu bapanya.”


Ayuh marilah bersama membantu umat Islam di dunia untuk membina Rumah Allah yang lebih selesa dengan berinfak, bersedekah dan berwakaf  di sini.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Dana Surau As Sahabah 1 - RM1000
Dana Surau As Sahabah 2 - RM750
Dana Surau As Sahabah 3 - RM500
Dana Surau As Sahabah 4 - RM250
Dana Surau As Sahabah 5 - RM100
Dana Surau As Sahabah 6 - RM50
Dana Surau As Sahabah 7 - RM30
Dana Surau As Sahabah 9 - RM 25
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN